SEMANTIK
Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif, bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah-setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'.
Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi.
sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.
Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang dihadapi oleh ahli-ahli bahasa di dunia hari ini ialah masalah bahasa dalam negara-negara xa.ng membangun. Masalah ini secara langsungnya berkaitan dengan pembinaan dan perancangan bahasa. Keperluankeperluan negara dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya memerlukan usaha yang berterusan bagi mengemaskan lagi kemampuan bahasa itu bagi memenuhi keperluan-keperluan zaman, khususnya zaman moden. Pemilihan dan penentuan bahasa tertentu untuk dijadikan bahasa kebangsaan perlu diperlakukan untuk mencapai tujuan-tujuan dan matlamat perpaduan negara yang dikehendaki itu. Persoalan-persoalan inilah yang telah menjadi antara tugas-tugas ahli bahasa yang tergolong ke dalam kumpulan disiplin "sosiologi bahasa" atau "sosiolinguistik" itu.
Secara prinsipnya, Sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, Sosiolinguistik meneropong hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Selain itu, bidang ini memaparkan perkaitan antara bahasa dengan masyarakat. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta yang penting dalam Sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu.
Satu lagi trend dalam fungsi Sosiolinguistik ialah perbandingan antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular (yang tidak rasmi), iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dikenali sebagai "perancangan bahasa" dalam menegakkan identiti sesebuah negara.
Secara kesimpulannya, Sosiolinguistik mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspekaspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya dan sebagainya. Ringkasnya Sosiolinguistik ialah bidang yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal yang melibatkan kedwibahasaan, perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam masyarakat.
PRAGMATIK
Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual.
Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.
Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.
Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.
Selain itu, katanya kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun, pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan, dengan kanak-kanak, dengan remaja, dengan guru, dengan pensyarah, dengan pekedai, dengan penjual, dengan pelancong, dengan bapa, dengan ibu, dengan murid, dengan penghulu, dengan raja, dengan pemimpin agama, pemimpin negara, atau dengan sesiapa sahaja baik dengan lelaki, dengan perempuan atau sesama lelaki atau sesama perempuan dan sebagainya. Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks.
Namun demikian, dari satu segi difahami bahawa ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan maksud yang tidak ternyata itu. Dengan itu, pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi.
Di samping itu, dalam mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang ternyata dengan yang tidak ternyata, kadang-kadang kita dengan pelbagai kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud sebenar. Ada sesetengah daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang tersurat atau kita mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan yang kita pilih itu berbeza? Mungkinkah kerana pengetahuan, kerana budaya, kerana kepercayaan atau yang lain daripadanya? Bagaimana dengan keakraban hubungan kita dengan penyampai? Adakah hal yang demikian memainkan peranan penting dalam pemilihan itu? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa aspek persamaan inemainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan kebudayaan dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa, pengalaman, pengetahuan dan keakraban hubungan antara penyampai dan penerima. Ringkasnya, ini bermakna pragmatik ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi.